Sunday, August 29, 2010

Suri Rumah

hari dah masuk 2 minggu aku dop kat umah sewa.. laen rasanya dop umah sewa ni..xmacam dop kat bilik di desa kat USM..macam dop umah gak la..

sempena cuti nuzul quran ni semua housemate aku balik kg tinggal la aku soram2 terkontang kanting di rumah..

tersangat la borim..then satu2 kerja aku buat..aku kemas rumah,mop lantai, basuh baju, masak, iron baju..rasa cam suri rumah lak..tapi enjoy jgak buat keje camni..rasa bahagia lepas tengok rumah kemas, lawa n tersusun rapi..

now got new cita2..nak jadi housewife terbaikk..keh3..hopefully~

Wednesday, August 25, 2010

Cameron Highland

last weekend aku g Cameron Highland..at last sampai gak aku kat sana..but not for holidays..keje of course..kalau x sapa la yang nak bawak aku g sana kan..

its very beautiful up there..sejukkkk!!! everytime. Aku sampai kat bilik hotel nak cari aircond sebab nak slowkan aircond..hahah betapa jakunyer aku ni..manala ada aircond kat sana tuu..but the atmosphere is really like in aircond room..hhhmmm bestnyer tido..huhu~

actually, i go there bcoz of Bengkel Pemantapan Pembangunan Keusahawanan Siswa USM..aku sebagai urus setia..keje sambil melancong kot..thanks to my bos sebab bawak aku..thumbs up~=)

aku ngan rakan sekerja lain n peserta stay kat heritage hotel di tanah rata..time2 keje tu sempat la jgak aku g rendek2..aku g ladang teh boh, pasar malam kat brinchang,bee farm and kea farm..masa g ladang teh boh tu aku siap muntah2 lagi sebab jalan nya cam ular kena palu..uuwweeekkk..

papepun..its a wonderful memory to be there..one day i will go there and of course for holiday, not for work..hahaha





Rahsia Kecantikan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

Sunday, August 15, 2010

Bussiness

assalamualaikum..

dalam dua tiga hari ni aku sering terfikir-fikir nak buat bisnes..aku bukan nak kaya tapi sekadar untuk bantu parents aku. gaji aku sekarang pun dah mampu bagi kat parents tapi aku rasa still xcukup la..ngan taraf hidup skang y tinggi ni..aku kesian tgk parents aku y keje siang malam..

tapi aku xada idea langsung nak buat bisnes apa..aku fikir nak amik upah jahit baju kurung tapi aku x mahir sangat n mesin jahit pun xada.

aku fikir nak buat kuih muih n kek n letak kat kedai tapi aku rasa xmampu nak buat jugak..its need skill n time..hhhmmm

apa la y bleh aku jual ek..xde idea ni..

Puasa

hari ni dah hari kelima umat islam di seluruh dunia berpuasa..tapi xterlambat lagi kan kalau aku nak ucapkan selamat berpuasa..huhu

im back

assalamualaikum semua..

haa dah sangat2 lama aku xbuka n update blog ni..keje punya pasal sampai xnyempat2..
dalam tempoh ni banyak y dah aku alami n blaja..

PIMPIN Siswa..konvokesyen aku dan juga puasa..

PIMPIN Siswa ni adalah program untuk pelajar tahun 1 ya baru mendaftar di USM..untuk program ni aku sebagai setiausaha kem di KEM Lata Belatan, Hutan Lipur Lata Belatan, Jertih, Terengganu..kem ni cantik sangat tepi air terjun y sejuk airnya..selama 3 minggu berturut2 kami berkampung di kem ni..best sangat..thumbs up..huhu







lepas habis siri PIMPIN Siswa ni..tibalah hari yang dinanti2 aku selama 3 tahun belajar di USM..konvokesyen..

sukar digambar perasaan aku semasa naik pentas untuk terima ijazah dari pro canselor tu..gembira sangat..dan saat tu jugak aku realize y dunia belajar aku dah habis..hhhmm..miss that moment..

time konvo yang paling best sekali dapat jumpa kawan2 yang sangat2 aku rindui..rasa sedih lak nak balik..sesungguhnya jiwa aku jiwa USM..hhhmm~





terima kasih kepada kawan2, keluarga dan yang tersayang yang bagi hadiah2 yang cute mute masa aku konvo..arigato gozaimas..

Sunday, July 4, 2010

Bulan Untuk Bekerja

Bulan ini adalah bulan bekerja..hahaha..kerja banyak gler kat office..
Bulan ni pelajar baru masuk, pastu ada proram PIMPIN Siswa lak..
Meja aku kt office dah xnampak rupa macam meja dah..bersepah..
kerja lak xpenah-penah habis..
malam pun kena kerja..
kadang-kadang terasa jugak penat tp apa nak buat dah kerja aku..
kerja yang aku buat untuk sesuap nasi keluarga aku..
apa pun aku enjoy dengan kerja aku ni..
kerja aku ni xboring..tension tu ada la sket jarang2..dah jadi rencah hidup aku pun..
i love my job..mmuuaahh..huhu~

Saturday, June 26, 2010

Fallin Love

Oops..Fallin Love again..

With whom??
Dengan kekasih hati..

Apa makna cinta bagi diri aku??

eemmm cinta apabila aku selalu rindu kat si dia..
apabila aku cemburu bila matanya pandang perempuan lain..
apabila aku ingin berada bersamanya selalu..
apabila aku rasa xmao balik kalau keluar bersama..
apabila aku ingin tahu setiap detik apa yang si dia tengah buat..
apabila aku mahukan perhatian dari si dia..
apabila aku berangan-angan hidup bersamanya..
apabila akun sangat-sangat inginkan si dia..
eemmm indahnya cinta..



Thursday, June 24, 2010

Puasa Menenangkan Minda



Hari ni aku puasa sunat..rasa cam nak makan kuih muih manis je berbuka nanti~

~Emosi~Jiwa~Perasaan~



mereka semua sedang bergembira..tetapi aku sedang bersedih..=(
sedih mengenangkan nasib diri..bahagia sudah hilang atas kesilapanku..
semoga diberi peluang untukku menebus kesalahan diri~

Monday, June 21, 2010

Biarlah bulan bicara sendiri

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini..

Yar minta maaf sebab mengecewakan abe..
Yar sayang abe..

Tuesday, June 15, 2010

Mimpiku semalam

semalam kan..saya mimpi dah ada baby..baby boy..comel sangat..dia merangkak-rangkak datang kat saya..wah bahagianya rasa..baby tu siap panggil mama..mama..hhmmm bestnyer..

lam mimpi tu gak ada husband berdiri kat tepi..dia diam jer..saya xnampak muka dia..sikit pon xcam..tapi baby tu memang saya boleh ingat dengan jelas..comel!!!

bila la kan mimpi ni akan jadi realiti..ada family sendiri memang sesuatu yang saya tunggu2 selama ni..hehehhe

Tuesday, June 8, 2010

Hanya Kerana Mata

Tau tak ape yang boleh membuatkan wanita cair dengan seorang lelaki???

kalau aku mata..tak tahan la tengok mata yang mengoda..aww mau pengsan lorh~

tambah2 kalau mata yang bulat, redup..emm sejuk hati memandangnyer..

hope mata itu sentiasa memandangku..huhu~

Cute teddy



comel teddy ni kan..bahagia je nengok~kalaulah aku sebahagia itu~

Tuesday, June 1, 2010

Ragam Hidup

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.

Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Hidup cuma satu persinggahan untuk ke alam yang kekal abadi..walau apa pun yang terjadi, ingat lah Allah sentiasa bersama kita selagi kita mengingatiNya~

Thursday, May 27, 2010

Terasa mau melancong juga~

Assalamualaikum semua..

Bila difikir-fikir balik..malaysia ni kecik je n saya xpenah pon merantau jauh-jauh..kalau tengok peta dunia ni kan..bagaikan setitik dakwat atas kertas A4 je Malaysia tempat saya tinggal ni..

Bila dengar orang lain gi melancong overseas..Melbourne, Paris, Bangkok, China, Bali n macam-macam lagi saya rasa teringin sangat nak melancong jugak..Best kan kalau boleh g tempat asing..naik flight, kena pakai baju tebal-tebal, kena speaking, makan makanan diorang, hirup udara kat sana..emm bertuahnya rasa~

Kalau diberi peluang, saya nak pergi melancong ke Abu Dhabi..Abu Dhabi ni ibu negeri kedua terbesar di United Arab Emirates..saya pernah tengok rencana pasal abu dhabi ni kat Majalah 3 di TV3 dulu..memang lawa sangat tempat tu..ia sebuah negara yang sangat pesat membangun~





Harap-harap suatu hari nanti saya dapat juga melancong ke Abu Dhabi ni bersama keluarga tercinta..insyaallah~

Tuesday, May 25, 2010

turning point of my life

assalamualaikum semua..

rasanya dah lama saya tak update blog ni..sebab akhir-akhir ni saya agak sibuk sikit..lepas final exam nak kena viva voce untuk final year projek then edit tesis untuk jilid..saya buat agak last minute gak la sampai dua minggu kena stay up setiap malam nak siapkan semua keje..

tapi alhamdulillah hasilnya memuaskan..saya dapat A untuk final year projek ni..syukur sangat-sangat..ni semua berkat usaha dan doa..tak lupa gak kawan-kawan yang sentiasa menolong saya masa menyiapkan tugasan ni~ thanks u all..

habis tu semua..bermulalah titik perubahan dalam hidup saya..apa lagi kalau bukan alam pekerjaan..sekali lagi saya bersyukur sebab habis belajar terus dapat keje kat USM ni..saya sangat berterima kasih kepada bos saya yang suatu masa dahulu adalah penasihat saya dalam persatuan HImpunan Anak-Anak Kelantan USM sebab dia yang rekemen kan kerja ni..terima kasih bos~

minggu pertama saya bekerja saya rasa sangat teruja tapi di hati ada satu perasaan takut..saya takut buat silap, takut mengecewakan bos, mengecewakan rakan sekerja..tapi saya cuba hilangkan perasaan takut tu..saya anggap kerja adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan demi mencari rezeki untuk keluarga..saya cuba memberanikan diri..insyaallah saya yakin saya boleh..sebab saya ada rakan-rakan sekerja yang very-very helpful..



ni la sebahagian dari rakan sekerja saya sekarang ni..diorang semua sangat happening~

Tuesday, April 27, 2010

Ku rindu KaabahMu

salam..

Petang tadi aku ada buka laman sosial facebook seorang guru yang mengajar aku masa di sekolah dulu..cikgu aku tu xberubah pun..masih cantik dan berkeyakinan..rindu kat cikgu(T.T)

Kat facebook tu aku ada tengok gambar cikgu di kaabah masa dia buat umrah baru-baru ni..aku jadi kagum sebab muda-muda lagi cikgu dah dapat buat umrah kat Mekah..

Sejak dari itu aku menanam impian untuk buat umrah awal-awal ketika masih muda dan bertenaga..insyaallah kalau ada rezeki la kan..kalau aku berkemampuan aku pun nak mengerjakan haji cepat-cepat juga..

Aku ingin bawa mama dan abah sekali..mama dan abah tentu gembira..mengerjakan umrah dan haji adalah salah satu dari rukun islam..kita wajib menunaikanya selagi mampu..
Aku tahu suatu hari nanti aku mampu..semoga ketika itu aku tidak lalai dengan duniawi..

Aku sangat ingin menjejakkan kaki aku ke tanah suci itu, menunaikan ibadat, merasai cuaca tempat kelahiran nabi-nabi terutama sekali rasulullah s.a.w, aku ingin menatap kaabah, berdoa di depan kaabah yang mulia itu, merasai nikmat air zam-zam..subhanallah..sesungguhnya hati aku sangat ingin pergi ke sana..

Aku mohon kepadaMU ya tuhan, Engkau teguhkanlah iman didadaku ini..jangan lah Engkau pesongkan aku..janganlah Engkau letakkan aku ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan duniawi..berkatilah segala urusanku..semoga Engkau murahkan rezeki ku untuk aku pergunakanya sebagai bekalan di akhirat kelak..sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha penyayang..aminn..





Sunday, April 25, 2010

WANITA DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA YANG BERDEKATAN DENGAN TANGAN UNTUK DIBELAI DAN DEKAT DENGAN HATI UNTUK DISAYANGI..

Rusuk siapakah yang tangan nya akan membelaiku, hatinya menyayangiku??..=)

Wednesday, April 21, 2010

Misteri dan hebatnya makna cantik

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan..hehe

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain..kata omputih 'beauty is in the eyes of the beholder'

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di kelas kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia.

Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam..like me..hehe

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa...aauww..

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Rahsia tulisan

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian
belakang kertas.
>>Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
>>Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
>>Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
>>Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
>>Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
>>Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur dengan orang ramai

iii. Tegak
>>Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
>>Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
>>Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
>>Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z >

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
>>Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
>>Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
>>Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
>>Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
>>Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

~ Rumusan

Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

Mulai hari ni nak tukar tulisan lah..hehe

Monday, April 12, 2010

Tragedy of Righteous

The story of Barseesa, this is a man from the Children of Isreal who was a worshipper, famous worshipper, aabid. He had his temple and he devoted himself to worship in his monastery.

Three men from the Children of Israel wanted to go out for war. They had a sister. They didn’t know where to leave their sister, so they said “Where should we leave her, we can’t leave her alone, where should we leave her?” They asked around, they said the best place to leave her is with that Abid, that worshipper, he’s the most righteous person, he’s the most trustworthy, leave your sister with him and he’ll take care of her.

They went to the Abid, the worshipper, Barseesa. They told him this is the situation, we want to go out for war, can you please take care of our sister? He said “I seek refuge in Allah from you”, stay away from me. Then Shaytan came to him and said, “Who are you gonna leave her with? If you don’t take care of her, an evil person may take care of her and then you know what will happen. How come you’re gonna (let) this good slip out of your hands?” Shaytan is encouraging him to do good, so he called them back and he said “Ok, I’ll take care of her. She’s not gonna stay with me in my monastery, she’s gonna stay in that home over there”, he had a house, you stay there, I stay in my temple.

So she would stay in that house in the room, and he would carry the food for her and he would leave the food on his doorstep, he doesn’t even want to go to her house, he would leave on the doorstep and she would have to come and pick up the food. He doesn’t even want to see her. And then Shaytan came to him and said “What are you doing? Don’t you know that when she walks out from her room and comes to your temple, people can see her? You have to the deliver the food to her doorstep.” He said “Yes, that’s true.” Shaytan is not speaking to him face to face, this is was’wasa, inspirations. He said “That’s true.” He started taking that food and he would drop it on her doorstep. That continued for a while and then Shaytan told him “She’s still opening the door and coming out to take the plate, somebody can still see her. You have to deliver the plate into her own room.”Shaytan is telling him to do good things. So he started taking the plate and he would put it in the room and then he would leave.

And that continued for a while and these three brothers were late, these ghazwa took a while. So Shaytan came to him and said “You’re gonna leave her alone with nobody to take care of her, nobody to speak with” – she’s been in there like she’s in prison, speaking to no one – “so why don’t you take that responsibility and go and speak with her – just socialize just a little bit to take care of her because she could go out and find another man and start having a relation with him.” So he would speak from outside her room and she would be speaking from in her room and they would be screaming at each other to hear each other. Shaytan told him “Why don’t you make it a little convenient for yourself, instead of screaming and hollering at each other from far distances, why don’t you go and sit in the same room?” So he started sitting with her in the same room, spending some time with her, and then slowly and slowly they started spending hours and hours together, and they started getting closer and closer and closer until the great aabid committed zina. She became pregnant, the story didn’t end yet.

She became pregnant, she delivered a child. Shaytan came to him and said “What have you done? Do you know what will happen when the brothers come back? They’re gonna kill you. Even if you say this is not my son, they’re gonna say ‘Even if it’s not your son, you’re supposed to take care of her, it’s your responsibility, we don’t care who the father is, we left her as – you are the person responsible for her.’ The only solution for this problem is that you kill – murder – the child and bury it.” The aabid chopped out the head of the infant and he buried him.Shaytan came to him and said “Do you think that the mother will keep the secret after you killed her son? Do you think she will keep that secret?” What should I do, “You should kill her too.” So he killed her. And he buried them both in that room.

The brothers came back, they came and said “Where is our sister?” He said “Inna lil’lahee wa inna ilayhee ra’jee’oon, she became ill and she died and she’s buried in that place”, and he went and showed them a fictitous grave. So they said “Inna lil’lahee wa inna ilayhee ra’jee’oon”, they made dua for her and they went home.

At night time, one of the brothers saw a dream. Who came to him in that dream? It was Shaytan. He told him “Did you believe Barseesa, did you believe him? He’s lying. He committed zina with your sister and then he killed her and her son, and the evidence to prove that is that she’s not buried in the place he showed you, but she’s buried in her room under the rock.” So he woke up and he told his brothers about the dream, they said “We saw the same dream, it must be true.” They went the next day, they dug the fictitious grave, they found nothing. They went into her room, they uncovered the earth and they found their sister buried with an infant.

They grabbed Barseesa and said “You liar. This is what you have done”, and they took him to the king. While they were draggin him to the king, Shaytan came to Barseesa, but now Shaytan didn’t come in the form of inspiration, he came in a human form. He told him “Barseesa, do you know I am? I am Shaytan, I am the one who cause you all of that mess, and I am the only one who can deliver you out of it” – I’m the one who caused it, and I’m the one with the solution for it, it’s up to you, if you want to go and die that’s fine, if you want me to save you, I can. Barseesa said “Please save me.” He said “Make sujood for me.” Barseesa made sujood for Shaytan, what did Shaytan say, he said “Thank you very much, (it’s) been a pleasure meeting you” and he never saw him again.

Barseesa made sujood for Shaytan and that was the last thing he did in his life because shortly afterwards he was executed. The last thing he did in his life was sujood for Shaytan. Aabid, on the righteous path, but because he chose to take turn, even though it was a very very very small turn – in the beginning it was very insignificant – in the name of mas’laha, in the name of the benefit, in the name of mas’laha he did it. And it was a very small diversion that he took but look at where it ended. Look at the final destination.

That is the danger of following desire. Because sometimes we feel confident because of knowledge and because of the Qur’an we know and because of the ibaadah we are doing – subhan’Allah we should always be afraid on ourselves. We should never be overconfident, we should always be worried, and that is the khash’ya of Allah SWT and that is the true knowledge – “The ones who have the fear of Allah are the scholars.” If you are a scholar then you have khash’ya of Allah, otherwise it is just memorization of verses in the mind that have no meaning in the actual world.

A side not on this story, what policy was Shaytan using with Barseesa? If Shaytan came to Barseesa from the beginning and told him “Make sujood to me”, would Barseesa have done that? No he wouldn’t. He took the step-by-step policy in using the deadliest of temptations hence why the importance of segregation (ikhtilat) in Islam.

Umm Salamah narrates that when the Prophet Muhammad (Peace be upon him) used to spend time with her, he used to frequently make the supplication “Oh You who changes the hearts, make our hearts firm upon Your Deen.”- Recorded in Imam Ahmad’s Musnad.

Thursday, April 8, 2010

sedikit renungan


Barangsiapa yang menanam, dia akan menuai

begitulah kehidupan..
setiap yang kita usahakan pasti akan membuahkan hasil..
jika masih tidak mencapai hasrat yang diingini..
Allah s.w.t. mahu kita terus berusaha lebih lagi..
agar apa yang kita miliki setimpal dengan yang kita usahakan..
segalanya mestilah kerana Allah taala..mesti ikhlas
insyaallah..

Sedikit Coretan

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Jangan sesekali kamu melepaskan ia semula...
Ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan sakit sebab bisanya ketajaman mata
Kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
Kepada seseorang...
Setelah ia mula menyanyangimu...
Hendaklah kamu menjaga hatinya...
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
Tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya...
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukup sekadar keperluanmu...
Kerana apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Dan akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya...
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang...
Terimalah seadanya dia...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya....
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah ia manusia biasa...
Apabila sesekali dia melakukan kesilapan....
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya...
Boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
Mengenyangkan....berkhasiat.....
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.....
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Akhirnya kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu....
Menyanyagimu....mengasihimu....
Mengapa kamu berlengah.....
Cuba membandingkannya dengan yang lain....
Terlalu mengejar kesempurnaan....
Kelak kamu akan kehilangannya....
Apabila dia menjadi milik orang lain....
kamu juga akan menyesal....


“Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah...”

Tuesday, April 6, 2010

Hadiah menarik

kepada kawan - kesetian
kepada musuh - kemaafan
kepada ketua - khidmat
kepada yang muda - contoh terbaik
kepada yang tua - hargai budi mereka dan hormat
kepada pasangan - cinta dan ketaatan
kepada manusia - kebebasan

Monday, April 5, 2010

ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan
tetapi sering kali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita

Monday, March 29, 2010

Hanya Itu Yang Saya Mahu

Saya melangkah perlahan ke wad Coronary Care Unit, dengan perasaan yang bercampur-baur. Saya dipanggil ke wad ini untuk mengesahkan kematian. Called to certify death. Saya bingung sekejap. Ya.. ia termasuk dalam bidang tugas seorang doktor -mengesahkan kematian. Dulu memang pernah belajar masa Tahun 4 dalam subjek Forensik. Ya,baru saya ingat. Huhu.

Wad itu tenang sahaja pada jam 10.30 malam. Ramai pesakit sudah tidur. Cuma ada seorang pesakit sudah ‘tidur’ selamanya. J.S. namanya. Saya mengambil darah dari tangannya pagi tadi. Saya dikehendaki memeriksa pesakit itu, untuk memastikan dia benar-benar telah mati, iaitu dengan:

- menyuluh matanya & memerhatikan no reaction to light

- mendengar pernafasannya selama 2 minit

- mendengar jantungnya selama 2 minit

- merasa nadinya

- memastikan tiada tindakbalas terhadap rasa sakit.

Saya menyelak langsir & masuk ke ruang pesakit itu. Sebaik saja saya melihatnya, saya tahu saya mendatanginya sejurus selepas malaikat Izrail. Ruhnya sudah dibawa masuk ke alam lain. Yang pucat, kaku dan sejuk di depan saya ini cuma badan yg sudah tidak berguna. Yang sudah tua, yang sudah rosak jantungnya dan paru-parunya, yang menjadi tempat tinggal bakteria MRSA (Methicillin- Resistant Staphylococcus Aureus) hingga menyebabkan saya mesti memakai apron & sarung tangan untuk menghampirinya.

Malaikat Izrail sudah menziarahi dia. Baru sekejap tadi. Allah sahaja yang tahu bila malaikat itu akan menziarahi saya pula. Oh saya tidak bersedia lagi untuk menerima kunjungannya!

Mati itu benar. Tidak ada apa yang dongeng tentangnya.

Selepas melaksanakan apa yang patut, merekodkannya dan menandatangani segala kertas-kertas, saya meninggalkan bilik itu. Ahli keluarga J.S. ramai dan sudah berkerumun di luar pintu. Saya sempat bertanya kepada jururawat yang menjaga J.S., dia menyaksikan kematian itu. Katanya, ”I saw life drained out of him.” Saya tidak sangka jururawat Irish itu akan mengeluarkan ayat sebegitu. Ia menggerunkan saya memikirkan kehadiran Izrail.

Kematian itu tidak dapat dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat, walaupun dengan bantuan alat-alat pernafasan tercanggih, antibiotik terkuat dan kepakaran terhebat manusia. Itulah sakit yang tiada ubatnya, yang dikatakan oleh Rasulullah saw.

Oleh kerana

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati.” (Surah Ali-Imran:ayat 185)

Maka..

Berjihadlah kita berhabis-habisan, korbankanlah segala-galanya yang kita ada dalam hayat yang terlalu pendek ini untuk mencari keredhaan Allah yang Maha Agung, Tuhan Semesta Alam. Tidak mengapa jika tidak dikenali penduduk dunia, asalkan disanjung penghuni langit. TANAMkan betul-betul dalam jiwa, bahawa….

TIDAK ada apa lagi yang lebih kita inginkan, lebih kita cita-citakan, teramat kita impi-impikan selain dari mendengar…

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah Al-Fajr:ayat 27-30)

diucapkan pada diri ini pada hari mati.
That’s all.
That’s all we ever wanted.

Cerpen ini adalah dari email seorang sahabat saya yang sedang belajar di Ireland dalam bidang perubatan.

Sunday, March 21, 2010

Jaminan Syurga

Suatu ketika Nabi Muhammad saw. Duduk di masjid dan berbincang-bincang dengan sahabatnya. Tiba-tiba beliau bersabda: "Sebentar lagi seorang penghuni surga akan masuk kemari."

Semua mata pun tertuju ke pintu masjid dan pikiran para hadirin membayangkan seorang yang luar biasa. "Penghuni surga, penghuni surga," demikian gumam mereka.

Beberapa saat kemudian masuklah seorang dengan air wudhu yang masih membasahi wajahnya dan dengan tangan menjinjing sepasang alas kaki. Apa gerangan keistimewaan orang itu sehingga mendapat jaminan surga?

Tidak seorangpun yang berani bertanya walau seluruh hadirin merindukan jawabannya. Keesokan harinya peristiwa di atas terulang kembali. Ucapan Nabi dan "si penghuni" surga dengan keadaan yang semuanya terulang, bahkanpada hari ketiga pun terjadi hal yang demikian.

Abdullah ibnu'Amr tidak tahan lagi, meskipun ia tidak berani bertanya dan khawatir jangan sampai ia mendapat jawaban yang tidak memuaskannya. Maka timbullah sesuatu dalam benaknya.

Dia mendatang si penghuni surga sambil berkata: "Saudara, telah terjadi kesalah pahaman antara aku dan orang tuaku, dapatkah aku menumpang di rumah anda selama tiga hari?"

"Tentu, tentu….," jawab si penghuni surga. Rupanya Abdullah ingin melihat secara langsung amalan si penghuni surga. Tiga hari tiga malam ia memperhatikan, mengamati bahkan mengintip si penghuni surga, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa.

Tidak ada ibadah khusus yang dilakukan si penghuni surga. Tidak ada shalat malam, tidak pula sunnah. Ia bahkan tidur dengan nyenyaknya hingga beberapa saat sebelum fajar. Memang sesekali ia terbangun dan ketika itu terdengar menyebut nama Allah di pembaringannya, tetapi sejenak saja dan tidurnya pun berlanjut.

Pada siang hari si penghuni surga bekerja dengan tekun. Ia ke pasar, sebagaimana halnya semua orang yang ke pasar. "Pasti ada sesuatu yang disembunyikan atau yang tak sempat kulihat. Aku harus berterus terang kepadanya," demikian pikir Abdullah.

"Apakah yang anda perbuat sehingga Anda mendapat jaminan surga?" tanya Abdullah. "Apa yang anda lihat itulah!" jawab si penghuni surga.

Dengan kecewa Abdullah bermaksud kembali saja ke rumah, tetapi tiba- tiba tangannya dipegang oleh si penghuni surga seraya berkata: "Apa yang anda lihat itulah yang saya lakukan, ditambah sedikit lagi, iaitu saya tidak pernah merasa iri hati terhadap seseorang yang dianugrahi nikmat oleh Tuhan. Tidak pernah pula saya melakukan penipuan dalam segala aktiviti saya.

" Dengan menundukkan kepala Abdullah meninggalkan si penghuni surga sambil berkata: "Rupanya yang demikian itulah yang menjadikan Anda
mendapat jaminan surga."

Kisah di atas disadur dari buku Fath Al-Nubuwah. "Astaghfirullah, mampukah kita mengikuti jejaknya?
Wallahu A'lam"

Friday, March 12, 2010

Lelaki Idaman Wanita

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Saturday, March 6, 2010

Valentine

**IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL***

ASSALAMUALAIKUM

SEKUNTUM MAWAR MERAH SEMPENA VALENTINE'S DAY

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

[maksud Hadis] NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan.

Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.

Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri,tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan.

Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa.Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.

Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.

Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine,menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai lagenda pada tajuk salah satu rencananya.

Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya
melebihi Rasulullah?

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol.

Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan.Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua.

Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu.

Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Syawal yang mulia ini.

Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari.

Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhai seperti mengadakan kenduri doa selamat atau sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.
Wassalam.

Friday, March 5, 2010

Lelaki kacak untuk didampingi

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehinggaaku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu didunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam

Sunday, February 28, 2010

~JODOH~

Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti �magnet� yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa � sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan � tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau �kegilaan� bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman � bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
"

Wednesday, February 24, 2010

Cemerlang dengan Doa

Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.” Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah.

Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.” Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”

Adab-Adab Berdoa

Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah. Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis nabi, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk. Dalam surah Al-A’raf ayat 55 Allah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.”

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, “Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).”

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.”

5. Tidak tergesa-gesa. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah kerana Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan.”

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis nabi.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”

Punca Doa Tertolak

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah itu suci bersih dan Allah tidak menerima kecuali yang suci bersih jua. Dan sesungguhnya Allah mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’ Allah juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’ Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?”

Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah.

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata,

Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya.

Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya.

Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya.

Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya.

Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri.

Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.”

(Dari buku 'Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Saturday, February 20, 2010

rahsia tarikh lahir

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...