Monday, February 15, 2010

Empat perkara

Assalamualaikum

Berkata Imam Abu Muhammad Abdullah bin Fadhal ;
Barangsiapa yang dikurniakan dengan empat perkara,
maka tidak terhalang baginya empat perkara :-

1. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan BERDOA maka tidak terhalang doanya DIKABULKAN

2. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan memohon AMPUN maka tidak terhalang baginya akan KEAMPUNAN

3. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan mahu BERSYUKUR maka tidak terhalang baginya akan tambahan NIKMAT

4. Barangsiapa yang dikurniakan keinginan mahu BERTAUBAT maka tidak terhalang taubatnya dari DITERIMA

Yakinlah.....Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Imam Al-Ghazali telah menggolongkan ragam manusia kepada beberapa bahagian iaitu:-

1. Seseorang yang mengetahui dan mengerti bahawa dirinya itu mengetahui, itulah dia seorang yang alim.
Maka ikutlah mereka.

2. Seseorang yang mengetahui tetapi tidak tahu dirinya itu tahu, itulah orang yang tidur.
Maka bangunkanlah dia.

3. Seseorang yang tidak mengetahui dan mengetahui bahawa dirinya tidak mengetahui, itulah dia orang yang meminta petunjuk.
Maka berikanlah dia petunjuk.

4. Seseorang yang tidak mengetahui dan tidak mengerti bahawa dirinya itu tidak mengetahui itulah dia orang yang bodoh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...