Wednesday, November 25, 2009

Anggota badan

Anggota Tubuh
Tubuh yang berwarna merah lagi halus menandakan pemalu,berwarna hijau bercampur hitam berperangai jahat,putih kemerahan suka membuat pekerjaan dengan segera dan tubuh yang putih menandakan tidak baik

Rambut
Rambut yang keras menandakan seseorang itu perkasa dan mempunyai otak yang sihat,ikal dan hitam berkilat seseorang itu berakal sempurna kelakuannya,hitam menandakan berakal,lembut berpenyakit dan kurang akal,ikal kemerah-merahan degil dan tamak,kekuningan kurang akal dan cepat marah dan lambut yang lebat juga menandakan kurang akal fikiran

Kepala
Kepala yang besar menandakan seseorang itu berhemah tinggi,berakal,baik budi bicara dan tingkah-lakunya amat menyenangkan,dan sederhana besar menandakan berpengetahuan

Dahi
Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara, dahi yang sederhana dan berkerut-kerut bersikap jujur dan berakal fikiran,luas dan tidak mempunyai banyak urat suka berkelahi dan degil, dahi yang sempit kurang akal dan pendiam manakala yang bujur dan berkerut-kerut antara 2 kening menandakan orang itu sering berduka cita

Bulu Kening
Kening luas menandakan suka ketawa dan mempunyai ketajaman akal fikiran,sederhana berwarna hitam kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran,panjang tanda keras hati dan sombong,lebat banyak bercakap dan ria,yang bertemu keduanya suka membantah dan yang tinggi menandakan kurang akal dan angkuh

Mata
Mata yang jarang berkelip-kelip menandakan kesempurnaan akal fikiran,hitam menandakan akal fikiran,berbentuk sederhana kesempurnaan akal dan pandai berbicara,mata yang memandang seperti pandangan kanak-kanak dan mukanya umpama tersenyum menandakan lanjut usia,berkelip-kelip kelopak mata menandakan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mempunyai budi pekerti yang tinggi,mata yang tinggi suka menipu,lambat berkelip kurang akal dan pendiam,mata biru tidak malu dan tidak sopan,berwarna merah berani,biru kekuningan banyak melakukan kejahatan, berkelip-kelip dan biru berperangai iri hati dan suka buat fitnah dan mata merah seperti api dan berkelip-kelip suak mencuri dan menipu

Hidung
Hidung yang sederhana dan sedikit panjang menandakan berakal dan sentiasa memahami,rendah dan nipis suka berkelahi,tebal suka berdusta dan kurang memahami dan hidung yang luas tandanya suka menipu

Mulut
Mulut yang luas menandakan seseorang yang bersikap berani dan kuat dan mulut kecil berpenyakitBibirYang nipis sentiasa mengingati setiap pesanan,sederhana tanda kesempurnaan dan merah sentiasa melakukan kebajikan,tebal kurang akal dan degil manakala bibir yang pucat sentiasa berpenyakit

Gigi
Gigi yang sederhana menandakan jujur,berakal dan beramanah,yang jarang dan rata bersikap benar dan amanah,kecil bentuknya tanda banyak penyakit dan yang besar tidak amanah

Dagu
Dagu yang sederhana tandanya mempunyai kesempurnaan akal fikiran dan suka berbicara manakala dagu yang kurus tanda kurang akal,kurang bicara dan tidak gemar ambil tahu hal orang lain

SuaraNyaring tanda berani,sederhana berakal dan bercakap benar,kurang ketawa dan sentiasa pendiam tanda beriman dan merdu tandanya bersikap menaruh dendam dalam hati

Pipi
Pipi yang sederhana menandakan kebajikan,tebal budi pekerti yang baik dan pipi yang nipis dan kekuningan suka tahu hal orang lain

Tahi Lalat
Pada kelopak mata dan pada kening tanda kesukaan,pada tangan selalu memberi pertolongan,pada bahagian belakang badan tanda kekayaan,pada perut tanda mempunyai anak ramai,belakang tapak tangan tandanya kuat semangat,pada tapak tangan harta tidak tetap,pada kemaluan tanda kuat jimak, dan pada tapak kaki tanda sentiasa menjadi suruhan orang

Janggut
Janggut bundar dan pendek menandakan kesempurnaan akal dan pandai berbicara,lebat tanda berhemah tinggi,sederhana tanda kesempurnaan akal dan janggut yang jarang menandakan kuat menipu

Telingga
Yang besar tandanya berakal dan beringat dan kecil tandanya kurang berakal dan suka mencuri

Muka
Muka bujur menandakan jahat perangai

Leher
Leher yang sederhana tanda berakal,benar dan amanah,pendek jahat,dan panjang dan tirus tanda berpenyakit dan degil dan banyak kelihatan urat tandanya suka pemarah

Tapak Tangan
Tapak tangan dan jejari yang panjang menandakan berani dan berakal,lembut menandakan berilmu dan tajam fikiran,pendek kurang akal fikiran,nipis dan panjang degil dan tidak amanah dam tapak tangan dan tapak kaki yang lembut menandakan lemah anggota badannya

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal dan baik bicara,bidang tanda berpenyakit, dan roma yang lebat pada dada dan perut menandakan kurang akal dan berperangai liar serta suka melakukan perbuatan jahat

Perut
Perut yang sederhana tanda selalu melakukan kebajikan,perut rata tanda berakal dan yang besar tanda degil dan berpenyakit
PinggangPinggang nipis tandanya mengasihani perempuan,lembut lemah anggota badan,pejal dagingnya menandakan perangai baik dan lembut dagingnya tanda berani
TumitTumit yang kecil adalah tanda bagi mereka yang selalu membuat kebaikan dan kebajikan

Emosi & Kesanya

Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang

Cynical, sindiran - Bongkok
Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang

Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang

Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit

Menyampah kepada seseorang - Batuk

Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi

Memendam emosi - Sakit pinggang

Kekesalan - Hati (liver)

Ketegangan emosi - Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas

Komplen - Organ seks

Dendam - Gastrik

KESIMPULANNYA

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. Waallahualam.

7 Jenis wajah Mayat

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. Wallahualam

Sunday, November 15, 2009

Khutbah Nabi Muhamad SAW mengenai Dajjal

Dari Abi Ummah Al-Bahiliy, beliau berkata “Rasulullah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap nabi yang diutuskan oleh Allah swt ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang Terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasa(angkatan) kamu. Seandainya dia datang dan aku masih berada di tengah-tengah kamu,maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku,maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarya Allah swt akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu cirri-ciri Dajjal yang belum diterangkan oleh mana-mana nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesuah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah, tuhan yang sebenar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah swt tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR,yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah swt dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu,adakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?” orang Arab itu akan berkata: “tentu”. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibubapanya berkata kepadanya: “wahai anakku, ikutilah dia,sesungguhyan dialah tuhanmu”. Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakana kepada orang ramai: “Lihatlah apa akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah itu bertanya: “siapa tuhanmu? Orang yang dibunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “tuhanku adalahAllah swt, sedangkan engkau adalah musuh Alla swt. Orang itu bererti lulus ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah saw lagi: “di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhanya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampong atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah saw bersabda: “menjelang turunya Dajjal tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya rasulullah saw ada bersabda: “bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadith yang diterima oleh Aisyah r.a mengatakan: “ pernah satu hari Rasulullah saw masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “mengapa menangis? Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. “ Rasulullah saw berkata: “seandainya Dajjal datang sewaktu aku masih hidup,maka aku akan menjaga kamu dari gangguanya. Kalau dia datang setelah kematian ku, maka tuhan mu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya rasulullah saw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,yang mana satu hari rasa bagaikan setahun, ada satu hari terasa bagaikan sebulan, ada satu hari terasa bagaikan seminggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “ya Rasulullah,tentang hari yang terasa setahun itu,apakah kami boleh solat lima waktu juga?” Rasulullah saw menjawab: ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “akulah tuhan sekelian alam, dan matahari ini berjalan mengikut izinku. Apakah kamu bermaksud menahanya?” katanya sambil ditahanya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia menunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” mereka semua menjawab: “ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatanya dengan menjadikan satu hari itu cepat berjalan.

Menurut riwayat muslim, Rasulullah saw bersabda: “akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah dan dia akan hidup selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari,bulah atau tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hamper semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam imamnya hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7000 kaum wanita.
Wallahu a’lam.
“sesungguhnya hanya Allah swt lebih mengetahui rahsianya…”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...