Wednesday, November 25, 2009

Anggota badan

Anggota Tubuh
Tubuh yang berwarna merah lagi halus menandakan pemalu,berwarna hijau bercampur hitam berperangai jahat,putih kemerahan suka membuat pekerjaan dengan segera dan tubuh yang putih menandakan tidak baik

Rambut
Rambut yang keras menandakan seseorang itu perkasa dan mempunyai otak yang sihat,ikal dan hitam berkilat seseorang itu berakal sempurna kelakuannya,hitam menandakan berakal,lembut berpenyakit dan kurang akal,ikal kemerah-merahan degil dan tamak,kekuningan kurang akal dan cepat marah dan lambut yang lebat juga menandakan kurang akal fikiran

Kepala
Kepala yang besar menandakan seseorang itu berhemah tinggi,berakal,baik budi bicara dan tingkah-lakunya amat menyenangkan,dan sederhana besar menandakan berpengetahuan

Dahi
Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara, dahi yang sederhana dan berkerut-kerut bersikap jujur dan berakal fikiran,luas dan tidak mempunyai banyak urat suka berkelahi dan degil, dahi yang sempit kurang akal dan pendiam manakala yang bujur dan berkerut-kerut antara 2 kening menandakan orang itu sering berduka cita

Bulu Kening
Kening luas menandakan suka ketawa dan mempunyai ketajaman akal fikiran,sederhana berwarna hitam kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran,panjang tanda keras hati dan sombong,lebat banyak bercakap dan ria,yang bertemu keduanya suka membantah dan yang tinggi menandakan kurang akal dan angkuh

Mata
Mata yang jarang berkelip-kelip menandakan kesempurnaan akal fikiran,hitam menandakan akal fikiran,berbentuk sederhana kesempurnaan akal dan pandai berbicara,mata yang memandang seperti pandangan kanak-kanak dan mukanya umpama tersenyum menandakan lanjut usia,berkelip-kelip kelopak mata menandakan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mempunyai budi pekerti yang tinggi,mata yang tinggi suka menipu,lambat berkelip kurang akal dan pendiam,mata biru tidak malu dan tidak sopan,berwarna merah berani,biru kekuningan banyak melakukan kejahatan, berkelip-kelip dan biru berperangai iri hati dan suka buat fitnah dan mata merah seperti api dan berkelip-kelip suak mencuri dan menipu

Hidung
Hidung yang sederhana dan sedikit panjang menandakan berakal dan sentiasa memahami,rendah dan nipis suka berkelahi,tebal suka berdusta dan kurang memahami dan hidung yang luas tandanya suka menipu

Mulut
Mulut yang luas menandakan seseorang yang bersikap berani dan kuat dan mulut kecil berpenyakitBibirYang nipis sentiasa mengingati setiap pesanan,sederhana tanda kesempurnaan dan merah sentiasa melakukan kebajikan,tebal kurang akal dan degil manakala bibir yang pucat sentiasa berpenyakit

Gigi
Gigi yang sederhana menandakan jujur,berakal dan beramanah,yang jarang dan rata bersikap benar dan amanah,kecil bentuknya tanda banyak penyakit dan yang besar tidak amanah

Dagu
Dagu yang sederhana tandanya mempunyai kesempurnaan akal fikiran dan suka berbicara manakala dagu yang kurus tanda kurang akal,kurang bicara dan tidak gemar ambil tahu hal orang lain

SuaraNyaring tanda berani,sederhana berakal dan bercakap benar,kurang ketawa dan sentiasa pendiam tanda beriman dan merdu tandanya bersikap menaruh dendam dalam hati

Pipi
Pipi yang sederhana menandakan kebajikan,tebal budi pekerti yang baik dan pipi yang nipis dan kekuningan suka tahu hal orang lain

Tahi Lalat
Pada kelopak mata dan pada kening tanda kesukaan,pada tangan selalu memberi pertolongan,pada bahagian belakang badan tanda kekayaan,pada perut tanda mempunyai anak ramai,belakang tapak tangan tandanya kuat semangat,pada tapak tangan harta tidak tetap,pada kemaluan tanda kuat jimak, dan pada tapak kaki tanda sentiasa menjadi suruhan orang

Janggut
Janggut bundar dan pendek menandakan kesempurnaan akal dan pandai berbicara,lebat tanda berhemah tinggi,sederhana tanda kesempurnaan akal dan janggut yang jarang menandakan kuat menipu

Telingga
Yang besar tandanya berakal dan beringat dan kecil tandanya kurang berakal dan suka mencuri

Muka
Muka bujur menandakan jahat perangai

Leher
Leher yang sederhana tanda berakal,benar dan amanah,pendek jahat,dan panjang dan tirus tanda berpenyakit dan degil dan banyak kelihatan urat tandanya suka pemarah

Tapak Tangan
Tapak tangan dan jejari yang panjang menandakan berani dan berakal,lembut menandakan berilmu dan tajam fikiran,pendek kurang akal fikiran,nipis dan panjang degil dan tidak amanah dam tapak tangan dan tapak kaki yang lembut menandakan lemah anggota badannya

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal dan baik bicara,bidang tanda berpenyakit, dan roma yang lebat pada dada dan perut menandakan kurang akal dan berperangai liar serta suka melakukan perbuatan jahat

Perut
Perut yang sederhana tanda selalu melakukan kebajikan,perut rata tanda berakal dan yang besar tanda degil dan berpenyakit
PinggangPinggang nipis tandanya mengasihani perempuan,lembut lemah anggota badan,pejal dagingnya menandakan perangai baik dan lembut dagingnya tanda berani
TumitTumit yang kecil adalah tanda bagi mereka yang selalu membuat kebaikan dan kebajikan

Emosi & Kesanya

Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang

Cynical, sindiran - Bongkok
Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang

Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang

Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit

Menyampah kepada seseorang - Batuk

Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi

Memendam emosi - Sakit pinggang

Kekesalan - Hati (liver)

Ketegangan emosi - Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas

Komplen - Organ seks

Dendam - Gastrik

KESIMPULANNYA

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. Waallahualam.

7 Jenis wajah Mayat

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. Wallahualam

Sunday, November 15, 2009

Khutbah Nabi Muhamad SAW mengenai Dajjal

Dari Abi Ummah Al-Bahiliy, beliau berkata “Rasulullah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap nabi yang diutuskan oleh Allah swt ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang Terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasa(angkatan) kamu. Seandainya dia datang dan aku masih berada di tengah-tengah kamu,maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku,maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarya Allah swt akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu cirri-ciri Dajjal yang belum diterangkan oleh mana-mana nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesuah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah, tuhan yang sebenar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah swt tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR,yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah swt dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu,adakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?” orang Arab itu akan berkata: “tentu”. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibubapanya berkata kepadanya: “wahai anakku, ikutilah dia,sesungguhyan dialah tuhanmu”. Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakana kepada orang ramai: “Lihatlah apa akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah itu bertanya: “siapa tuhanmu? Orang yang dibunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “tuhanku adalahAllah swt, sedangkan engkau adalah musuh Alla swt. Orang itu bererti lulus ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah saw lagi: “di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhanya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampong atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah saw bersabda: “menjelang turunya Dajjal tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya rasulullah saw ada bersabda: “bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadith yang diterima oleh Aisyah r.a mengatakan: “ pernah satu hari Rasulullah saw masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “mengapa menangis? Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. “ Rasulullah saw berkata: “seandainya Dajjal datang sewaktu aku masih hidup,maka aku akan menjaga kamu dari gangguanya. Kalau dia datang setelah kematian ku, maka tuhan mu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya rasulullah saw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,yang mana satu hari rasa bagaikan setahun, ada satu hari terasa bagaikan sebulan, ada satu hari terasa bagaikan seminggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “ya Rasulullah,tentang hari yang terasa setahun itu,apakah kami boleh solat lima waktu juga?” Rasulullah saw menjawab: ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “akulah tuhan sekelian alam, dan matahari ini berjalan mengikut izinku. Apakah kamu bermaksud menahanya?” katanya sambil ditahanya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia menunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” mereka semua menjawab: “ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatanya dengan menjadikan satu hari itu cepat berjalan.

Menurut riwayat muslim, Rasulullah saw bersabda: “akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah dan dia akan hidup selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari,bulah atau tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hamper semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam imamnya hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7000 kaum wanita.
Wallahu a’lam.
“sesungguhnya hanya Allah swt lebih mengetahui rahsianya…”

Monday, October 19, 2009

Majlis Gemilang Uptrend (MGU 2009)

MGU 2009 telah diadakan di stadium melawati shah alam pada 18 oktober..

seramai sebuah bas dari USM y g ke shah alam untk menyaksikan majlis yang sungguh gilang gemilang itu. kami bertolak dari usm pada malam sabtu jam 12 malam..masing2 sungguh excited smpaikn buat meeting untuk bincng nk pkai baju ape..huhu..

sesampainya kat sana kami p ronda2 kat sua rasa tv9 dulu yang kebetulanya ada kat perkarangan stadium melawati..aku sempat gak la beli sehelai t-shirt DIOR..hehe

MGU start kul 11 dengan perarakan kereta mewah milik jutawan uptrend..yang paling mahal kereta kat citu ferreri..lawa siot, dah la color merah..kempunan aku tengok..yang paling murah lak BMW..macam2 siri lah ada..insyaallah aku pun bercita2 nak pkai BMW..semoga tuhan murah kan rezeki aku..aminn..




jaguar pon ade tau..pada kul 2 petang bermula la majlis 2 yang di rasmi kan oleh imam masjid negara.. macam2 anugerah ade untuk semua uptrenders yang berjaya..bermula dari pencapaian 50K, 100K, 200K, 300K, Million Club Member (MCM), Million Executive Member (MEM)..ade gak anugerah2 lain tapi aku lupa lak title nya..banyak sangat..

ada juaga persembahan artis M. Nasir dan Dafi..enjoy betul ngan diorang..sporting habis especially M.Nasir..huhu..

lebih kurang kul 6 majlis rest kjap..n time ni la aku g smbung posing lg..x ni ngan Daniel Lee..leader y aku respect..


pada sebelah malam majlis sambung balik..ada jamming jutawan, ada penyampaian anugerah lagi, ada ucapan dari uptrenders yang paling kaya, cikgu amir dari terengganu..dia la tuan punya ferarri merah 2..mmg memotivasikan aku ucapan die..dalam masa 4 thun dia dah ada 7 buah kereta mewah, rumah bernilai 2 juta n merancang nak beli heli lak..memang duit melimpah ruah..
MGU kali ni aku dapat banyak belajar n yang penting skali ia membangkitkan semangat aku untuk bkerja lbih kuat lgi untuk bjaya..kul 12 tgh malam kami bertolak balik ke usm..xsabar nk g MGU thun dpn lak..hope aku lak yang nek stage trima anugerah..huhu






Thursday, October 1, 2009

dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....potonglah kuku anda.

The Truth- Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Wallahu'alam bissawab.

Kisah benar seorang anak gadis yang menderhaka

Kisah benar dari Sandakan.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I september 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa?San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula engganmemberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak." Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya."RM 20 aja !" si gadis berkata." Tak ada ," jawab ibunya." Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras." Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya." Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku." Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil." Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik- beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ? "kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagalmengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal.Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa." Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt?Raie?Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan." Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak- sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka...

Saturday, September 26, 2009

Selamat Pengantin Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? coba kita lihat... dan manakah pilihan kita??? Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar, jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup. Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.




selamat pengantin baru kepada sahabat dunia akhirat ku..suhaili..semoga bahagia tersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat..aku mendoakan mu semoga cepat2 dapat anak..hehe..

Aidilfitri

salam aidilfiri kepada semua umat islam di seluruh dunia..

kepada semua kawan-kawan yang dekat dan jauh di negeri orang..

semoga aidilfitri kali ini membawa keberkatan kepada kita semua..

maaf zahir dan batin..

Friday, September 25, 2009

Warna-warna kelahiran

Tengoklah 'warna-warna kelahiran..'Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut. tapi jgnla pula terlalu percaya!!!

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu 5
hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi">Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak temakan diri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...