Sunday, January 17, 2010

Surah Yasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah
surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapamalaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.

Friday, January 8, 2010

Rokok oh rokok

Racun Di Dalam Rokok

Minyak tar digunakan untuk membuat jalan raya. Kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan Dan Pengawalan Tembakau dari Jabatan Kesihatan Utah menunjukkan, menghisap sebatang rokok sahaja sudah memasukkan tar ke dalam paru-paru seseorang. Apabila anda menghisap sekotak rokok setiap hari selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar dimasukkan ke dalam paru-paru anda. Rokok tidak hanya mengandungi tar, ia juga mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia toksik yang lain dan 37 daripadanya dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah:

Kimia Berbahaya Dalam Rokok Seperti dalam Produk Tersebut

Acetone
Bahan penanggal pengilat kuku.

Acetic acid
Cuka

Ammonia
Bahan pencuci tandas.

Arsenic
Racun.

Butane
Cecair alat pemetik api.

Cadmium
Bateri.

Carbon monoxide
Asap dari ekzos kereta.

DDT / Dieldrin
Alat pembunuh pepijat.

Ethanol
Arak.

Formaldehyde
Bahan pengawet katak mati.

Hexamine
Alat pemetik api untuk majlis jamuan.

Hydrogen Cyanide
Racun.

Naphthalene
Ubat Gegat.

Nicotine
Bahan pembunuh serangga.

Stearic acid
Lilin.

Toluene
Bahan pelarut di industri.

BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Merokok adalah punca kepada pelbagai penyakit, antaranya ialah:

Barah Paru-Paru

Faktor utama penyebab barah paru-paru ialah merokok. Sejak Dr. F.E. Tylecote melaporkan perkaitan di antara rokok dengan barah paru-paru di dalam majalah Lancet pada tahun 1927, kajian-kajian yang mutakhir menguatkan lagi penemuan ini. Bagi mereka yang merokok lebih daripada 15 batang setiap hari, setiap seorang dari lima orang dari kalangan mereka akan menghidapnya.

Penyakit Jantung

Risiko diserang penyakit jantung koronari adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang merokok. Di samping itu, kajian menunjukkan perokok juga berisiko tinggi untuk menghidap penyakit darah tinggi dan arteriosklerosis.

Radang Saluran Nafas

Merokok merupakan penyebab utama penyakit radang saluran nafas di Amerika dan ia boleh menyebabkan maut. Kajian menunjukkan penyakit ini jarang mendatangkan komplikasi yang membawa maut ke atas mereka yang tidak merokok.

Kanser Secara Umum

Kajian di UK menunjukkan 40% daripada kanser pundi kencing dan 15% daripada barah pankreas adalah disebabkan oleh amalan merokok. Ia juga menjadi penyebab kepada kanser mulut, kerongkong atau pharynx, esofagus, serviks dan peti suara atau larynx.

Kesan Ke Atas Bayi Di Dalam Kandungan

Kajian-kajian menunjukkan ibu-ibu yang merokok ketika sedang mengandung menjejaskan kesihatan bayi mereka. Pakar-pakar sains dari UK dan Amerika, CM Fletcher dan Daniel Horn, melaporkan penemuan mereka di dalam majalah WHO yang bernama Smoking and Health pada tahun 1970 yang menunjukkan, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok adalah 150-240 gram lebih ringan berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok.

Pada tahun 2004, Surgeon General Amerika, Richard H. Carmona, mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang komprehensif berhubung bahaya merokok. Ia menunjukkan, bagi pertama kalinya, bahawa merokok merosakkan hampir setiap organ di dalam badan manusia. Ia menjadi penyebab kepada penyakit jantung, katarak mata, radang paru-paru (pneumonia), leukemia (acute myeloid), barah perut, barah pankreas, barah serviks, barah buah pinggang, barah mulut, barah kerongkong dan banyak lagi. Secara purata, lelaki yang merokok memendekkan umur mereka sebanyak 13.2 tahun dan wanita yang merokok sebanyak 14.5 tahun. Kerugian di sudut ekonomi, sebagai contoh di Amerika, adalah sebanyak $157 bilion setahun. (Sumber: Health Consequences of Smoking: A Report of the Surgeon General, 2004)

Hukum Merokok

Islam melarang pengambilan sesuatu yang keji yang boleh mendatangkan kemudaratan, dan rokok termasuk di dalam kategori itu.

Rokok Adalah Khabaith

Allah berfirman: “Dan dia (Rasul) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith).” (Surah Al-A’raf ayat 157) Ayat ini menunjukkan sesuatu yang keji diharamkan oleh Islam. Imam Syafie mentafsirkan ‘buruk’ atau ‘khabaith’ ini sebagai ‘sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji..’ Rokok dengan 4,000 bahan kimia beracunnya adalah termasuk di dalam kategori kotor dan keji ini.

Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri

Di dalam sebuah hadis, Ummu Salamah berkata: “Rasulullah melarang mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Rokok Memudaratkan Orang Lain

Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Nabi Muhammad bersabda: “Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin atau menipunya.” (Riwayat Tarmuzi)

Rokok Membawa Kepada Pembaziran

Pembaziran ditegah oleh agama. Allah berfirman: “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan.” (Surah Al-Israk ayat 27)

Merokok Menguntungkan Musuh

Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang itu untuk menindas umat Islam. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah ayat 2)

Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya

Segala yang memabukkan termasuk dadah berbahaya diharamkan oleh agama. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, beliau berkata: “Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain.

Justeru, merokok hukumnya adalah HARAM. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa Muasirat berkata, “Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya.”

PADA 23 MAC 1995, MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA MELALUI MUZAKARAH YANG KE-37 MEMUTUSKAN FATWA HARAM BAGI PERBUATAN MEROKOK.


Wednesday, December 30, 2009

Bufday Girl

Hari ni bufday aku y ke 21..dah makin tua sket..hee.. aku rasa bufday girl mesti akan rasa happy kan..tapi aku..seolah-olah aku ada seribu masalah, perasaan xtenteram.. something wrong with my head..hhmmm..rindu nak balik kampung.

Anyway, deep in my heart aku tetap rasa bahagia sebab ada juga yang celebrate bufday aku, siap ada cake lg, makan pasembor, minum air kelapa sampai sebiji..memang aku full sangat sampai mengantuk x tertahan-tahan..terima kasih kepada yang ingat bufday aku, aku rindu kamu semua..

Esok dah masuk tahun baru 2010..bila cakap pasal tahun baru mesti ingat azam tahun baru.. aku xde la banyak sangat berazam sebab azam yang tahun lepas-lepas pon xtercapai lagi.. ape yang penting tahun 2010 ni aku akan melangkah ke dunia pekerjaan. aku xsabar dah rasa nak ada duit sendiri..huhu.. tapi hakikatnya aku masih lagi belum bersedia.. dunia pekerjaan bukannya mudah.. bukan boleh buat sambil lewa macam aku study kat u sekarang ni..

Hope i can get myself ready for that.. semoga tahun baru ni aku dapat improve diri aku untuk semua aspek..ilmu..iman..amal..insyaallah..

Monday, December 21, 2009

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Pagi itu, walaupun langit telah mulai terang, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Hakikat Demam

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Omar Radhiallahu ‘anhuma mengatakan yang maksudnya :
“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”.
(Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab ‘Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka. Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Qur’an ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub ‘Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.
(Surah Al-Anbiya’: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub ‘Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :
“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Sa’ib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Sa’ib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab:

“Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Diriwayatkan dari Al-Hasan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Allah menghapuskan seluruh kesalahan seorang muslim yang beriman dengan demam yang dideritainya satu malam”.
(Hadith riwayat Ibn Abi Ad-Dunya)

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

sedar xsedar kita dah berada pada tahun ke 1431 hijrah..semoga tahun ini dapat memberi perubahan baru ke arah yang lebih baik kepada kita seluruh umat islam..aminn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...