Thursday, December 17, 2009

Sejarah Yahudi

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919. Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.


Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#

Tanda-tanda kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penakhlukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, Selingkuhan....!!! Berzinah terang-2an, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim, ~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka bumi." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah muzik2.

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabrani~ george bush[Mohamed Isa Bin Ali Omar] George W(hatever) Bush... hahaha

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)



10) Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

Tuesday, December 15, 2009

Panas!

semakin hari dunia ini semakin panas..
kita sering kali mengeluh dek bahang kepanasan yang mengelegak di kepala.. nak keluar rumah pun berfikir banyak kali dulu..
tetapi adakah kita terfikir betapa panasnya di akhirat nanti???
subhanallah..

Sunday, December 6, 2009

Celaan Allah SWT kepada manusia

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan. Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Tuesday, December 1, 2009

Tanda-tanda kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wednesday, November 25, 2009

Anggota badan

Anggota Tubuh
Tubuh yang berwarna merah lagi halus menandakan pemalu,berwarna hijau bercampur hitam berperangai jahat,putih kemerahan suka membuat pekerjaan dengan segera dan tubuh yang putih menandakan tidak baik

Rambut
Rambut yang keras menandakan seseorang itu perkasa dan mempunyai otak yang sihat,ikal dan hitam berkilat seseorang itu berakal sempurna kelakuannya,hitam menandakan berakal,lembut berpenyakit dan kurang akal,ikal kemerah-merahan degil dan tamak,kekuningan kurang akal dan cepat marah dan lambut yang lebat juga menandakan kurang akal fikiran

Kepala
Kepala yang besar menandakan seseorang itu berhemah tinggi,berakal,baik budi bicara dan tingkah-lakunya amat menyenangkan,dan sederhana besar menandakan berpengetahuan

Dahi
Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara, dahi yang sederhana dan berkerut-kerut bersikap jujur dan berakal fikiran,luas dan tidak mempunyai banyak urat suka berkelahi dan degil, dahi yang sempit kurang akal dan pendiam manakala yang bujur dan berkerut-kerut antara 2 kening menandakan orang itu sering berduka cita

Bulu Kening
Kening luas menandakan suka ketawa dan mempunyai ketajaman akal fikiran,sederhana berwarna hitam kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran,panjang tanda keras hati dan sombong,lebat banyak bercakap dan ria,yang bertemu keduanya suka membantah dan yang tinggi menandakan kurang akal dan angkuh

Mata
Mata yang jarang berkelip-kelip menandakan kesempurnaan akal fikiran,hitam menandakan akal fikiran,berbentuk sederhana kesempurnaan akal dan pandai berbicara,mata yang memandang seperti pandangan kanak-kanak dan mukanya umpama tersenyum menandakan lanjut usia,berkelip-kelip kelopak mata menandakan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mempunyai budi pekerti yang tinggi,mata yang tinggi suka menipu,lambat berkelip kurang akal dan pendiam,mata biru tidak malu dan tidak sopan,berwarna merah berani,biru kekuningan banyak melakukan kejahatan, berkelip-kelip dan biru berperangai iri hati dan suka buat fitnah dan mata merah seperti api dan berkelip-kelip suak mencuri dan menipu

Hidung
Hidung yang sederhana dan sedikit panjang menandakan berakal dan sentiasa memahami,rendah dan nipis suka berkelahi,tebal suka berdusta dan kurang memahami dan hidung yang luas tandanya suka menipu

Mulut
Mulut yang luas menandakan seseorang yang bersikap berani dan kuat dan mulut kecil berpenyakitBibirYang nipis sentiasa mengingati setiap pesanan,sederhana tanda kesempurnaan dan merah sentiasa melakukan kebajikan,tebal kurang akal dan degil manakala bibir yang pucat sentiasa berpenyakit

Gigi
Gigi yang sederhana menandakan jujur,berakal dan beramanah,yang jarang dan rata bersikap benar dan amanah,kecil bentuknya tanda banyak penyakit dan yang besar tidak amanah

Dagu
Dagu yang sederhana tandanya mempunyai kesempurnaan akal fikiran dan suka berbicara manakala dagu yang kurus tanda kurang akal,kurang bicara dan tidak gemar ambil tahu hal orang lain

SuaraNyaring tanda berani,sederhana berakal dan bercakap benar,kurang ketawa dan sentiasa pendiam tanda beriman dan merdu tandanya bersikap menaruh dendam dalam hati

Pipi
Pipi yang sederhana menandakan kebajikan,tebal budi pekerti yang baik dan pipi yang nipis dan kekuningan suka tahu hal orang lain

Tahi Lalat
Pada kelopak mata dan pada kening tanda kesukaan,pada tangan selalu memberi pertolongan,pada bahagian belakang badan tanda kekayaan,pada perut tanda mempunyai anak ramai,belakang tapak tangan tandanya kuat semangat,pada tapak tangan harta tidak tetap,pada kemaluan tanda kuat jimak, dan pada tapak kaki tanda sentiasa menjadi suruhan orang

Janggut
Janggut bundar dan pendek menandakan kesempurnaan akal dan pandai berbicara,lebat tanda berhemah tinggi,sederhana tanda kesempurnaan akal dan janggut yang jarang menandakan kuat menipu

Telingga
Yang besar tandanya berakal dan beringat dan kecil tandanya kurang berakal dan suka mencuri

Muka
Muka bujur menandakan jahat perangai

Leher
Leher yang sederhana tanda berakal,benar dan amanah,pendek jahat,dan panjang dan tirus tanda berpenyakit dan degil dan banyak kelihatan urat tandanya suka pemarah

Tapak Tangan
Tapak tangan dan jejari yang panjang menandakan berani dan berakal,lembut menandakan berilmu dan tajam fikiran,pendek kurang akal fikiran,nipis dan panjang degil dan tidak amanah dam tapak tangan dan tapak kaki yang lembut menandakan lemah anggota badannya

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal dan baik bicara,bidang tanda berpenyakit, dan roma yang lebat pada dada dan perut menandakan kurang akal dan berperangai liar serta suka melakukan perbuatan jahat

Perut
Perut yang sederhana tanda selalu melakukan kebajikan,perut rata tanda berakal dan yang besar tanda degil dan berpenyakit
PinggangPinggang nipis tandanya mengasihani perempuan,lembut lemah anggota badan,pejal dagingnya menandakan perangai baik dan lembut dagingnya tanda berani
TumitTumit yang kecil adalah tanda bagi mereka yang selalu membuat kebaikan dan kebajikan

Emosi & Kesanya

Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang

Cynical, sindiran - Bongkok
Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang

Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang

Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser cemburu, kebencian, Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit

Menyampah kepada seseorang - Batuk

Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi

Memendam emosi - Sakit pinggang

Kekesalan - Hati (liver)

Ketegangan emosi - Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas

Komplen - Organ seks

Dendam - Gastrik

KESIMPULANNYA

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji. Waallahualam.

7 Jenis wajah Mayat

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. Wallahualam

Sunday, November 15, 2009

Khutbah Nabi Muhamad SAW mengenai Dajjal

Dari Abi Ummah Al-Bahiliy, beliau berkata “Rasulullah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap nabi yang diutuskan oleh Allah swt ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang Terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasa(angkatan) kamu. Seandainya dia datang dan aku masih berada di tengah-tengah kamu,maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku,maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarya Allah swt akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu cirri-ciri Dajjal yang belum diterangkan oleh mana-mana nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesuah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah, tuhan yang sebenar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah swt tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR,yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah swt dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu,adakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?” orang Arab itu akan berkata: “tentu”. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibubapanya berkata kepadanya: “wahai anakku, ikutilah dia,sesungguhyan dialah tuhanmu”. Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakana kepada orang ramai: “Lihatlah apa akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah itu bertanya: “siapa tuhanmu? Orang yang dibunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “tuhanku adalahAllah swt, sedangkan engkau adalah musuh Alla swt. Orang itu bererti lulus ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah saw lagi: “di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhanya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampong atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah saw bersabda: “menjelang turunya Dajjal tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya rasulullah saw ada bersabda: “bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadith yang diterima oleh Aisyah r.a mengatakan: “ pernah satu hari Rasulullah saw masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “mengapa menangis? Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. “ Rasulullah saw berkata: “seandainya Dajjal datang sewaktu aku masih hidup,maka aku akan menjaga kamu dari gangguanya. Kalau dia datang setelah kematian ku, maka tuhan mu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya rasulullah saw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,yang mana satu hari rasa bagaikan setahun, ada satu hari terasa bagaikan sebulan, ada satu hari terasa bagaikan seminggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “ya Rasulullah,tentang hari yang terasa setahun itu,apakah kami boleh solat lima waktu juga?” Rasulullah saw menjawab: ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “akulah tuhan sekelian alam, dan matahari ini berjalan mengikut izinku. Apakah kamu bermaksud menahanya?” katanya sambil ditahanya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia menunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” mereka semua menjawab: “ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatanya dengan menjadikan satu hari itu cepat berjalan.

Menurut riwayat muslim, Rasulullah saw bersabda: “akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah dan dia akan hidup selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari,bulah atau tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hamper semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam imamnya hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7000 kaum wanita.
Wallahu a’lam.
“sesungguhnya hanya Allah swt lebih mengetahui rahsianya…”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...